Friday, July 29, 2011

pengalaman puasa yang paling awesome pernah korang alami?

pengalaman puasa yang paling awesome pernah korang alami?

Answer here

Rasa kosong??? Apakejadahnya pulak ni!!!

Memang rasa serabut sebab x tau nak uat apa..
nak turun kolam kat asrama baru ni mmg killer joy terus terang aku cakap..
time2 tertentu je bole turun..
kalau tmpat dulu bole la aku turun bila2 masa aku nak..
kalu boring bole la aku jalan2 pusing tasik.. kat sini mmg terperuk je kat umah..

nak keluar g mall nak kena naik taxi, bas awam haram nak berhenti bila tahan..
duit jgn tnya aarrr.. kluaq mcm ayaq terjun.. melimpah tak berhenti..

skang ni aktiviti aku bila weekend adalah berehat.. doktor dah pesan jgn bg stress dri sendiri..
nnti x pasai2 kena tahan wad pasai hypertension...

Thursday, July 28, 2011

Lunch.. Nak makan apa??? LASPEGATI LEBUJANG????

oleh kerana aku rasa malas nak masak nasi.. jadi aku pon masak la spegati yg dinamakn laspaegati lebujang...


antara bahan2 yang digunakan adalah:-
1. confirm2la spegati..
2. 4 ulas bawang putih..
3. 1 ulas bawang besar..
4. rencah nasi goreng..
5. sos bolognese..
6. sos cili..
7. 4 ketul sosej..
8. 2 biji telur ayam..
9. lada hitam..
10. Knor sesedap rasa..
11. minyak masak lerr..

cara2 utk memasak:
1. rebus spegati tu dulu.. tmbah sedikit minyak masak dan garam 1 sudu besar..
2. toskan spegati yang telah dimasak
3. kemudian potong bawang putih dan bawang besar, kemudian tumiskan kedalam kuali yang panas..
4. masuk kan perencah nasi goreng..
5. masukkan 2/5 balang sos bolognese..
6. masukkan 5 sudu besar sos cili dan gaul sebentar..
7. masukkan sosej yang dipotong nipis bersama 2 biji telur ayam..
8. taburkan sedikit Knor sesedap rasa dan juga lada hitam...
9. akhir sekali tunggu apa lagi hidang dan makan la...
"Laspegati Lebujang"

(dah berkali aku upload dok menegak jgak..
maka lantak la...)


DENDA!!!

mmg betul2 killer joy tol la..
x pasal2 umah aku kena denda, RM50 plak tu..
jawatan pnya pasal dapat diskaun tapi still kena RM30..
ceit.. kalu buat duit makan seminggu lpas lagi tu..

OH! DUIT $$$

Wednesday, July 27, 2011

Diagnose: Hypertension with Acute Headache

gara2 tak cukop tidur doktor bagi aku mc 2 hari berserta dgn trial dose sakit kepala..
mmg x best bagi aku tido.. nak buat kerja pon susah..
assignment aku x dapat nak hantar lagi..
dan hari ni kerja aku dah menimbun..
malam ni pulak nak kena "paksa" diri utk join spotcheck kat asrama... (T.T)

Tuesday, July 26, 2011

Puasa, Raya, dan Exam...

Pejam celik dah tinggal berapa hari lagi je nak puasa..
Suasana kali ni akan terasa sangat la lain dari sebelum ni..
Mana taknya midterm utk Chemical Pathology tinggal lagi seminggu lebih je lg..
bru study 3 topik je.. lgi 3 topik x study lg..
tu belum kira untuk paper Blood Banking, Hematology, Histopatholgy, Cytology dan Medic Microbiology..
smuanya dekat hujung logy2..
Memang jam bin sekaya la nak kalu nak menyumbat smua benda serentak..
Jadual belajar malas nak buat.. akibatnya skang ni aku tak tahu nak study apa??? (T.T)
Alkisah Raya pulak.. jatuh pada study week, bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam cerita Pendikar Bujang Lapok.. Coooobbbaaaaaaaaaaaannnnnn..
Maka kun fayakun la aku time raya ni..
member baik aku sambung degree sains gunaan kat U.M.K. msa raya ke 8..
nak tak nak kena jugaklah aku balik umah kat Telok Air Tawar(aku orang Pulau Pinang nak habaq mai)
Dan time tu jugaklah aku tengah berperang dalam dewan exam.. 2 minggu pulak tu..
Maka Raya Aidilfitri aku kali ni, aku harus meredhai apa saja dugaan yang mendatang walaupun time exam nnti terdengar lagu raya atau terbau makanan yang bole buatkan air liur aku meleleh...

p/s: siapa yang tak habis ganti puasa, masih sempat nak berbuat ye.. :)

MTV World Stage 2011 Live in i-City Shah Alam, Malaysia


I just can say it's an awesome event..
why???
I've only managed to enjoyed performances by 30 Seconds To Mars..
(tu la pasal datang lambat lagi, nsib baik sempat masuk.. HAHA)
thanks to my friends Syah for the free ticks.. HIHI

p/s: my hp out of battery, so there no pics to be upload.. HAHA (T.T) 

Liku-Liku kehidupan

Setiap manusia yang wujud di dunia ni tak pernah lari dari liku-liku kehidupan..
termasuklah aku..
Kehidupan secara bersederhana yang diterapakan oleh keluarga aku banyak mengajar aku betapa kita perlu menghargai apa sahaja kita ada..
Aku berbangga dengan kehidupan yang aku miliki di dunia ni walaupun sementara sahaja kerana tak semua kekal abadi..
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana ianya satu kurnian dan tanggungjawab yang diberi olehNya...