Wednesday, January 19, 2011

Ajar orang menongkah arus

Zaman sekarang sudah tidak sama dengan dahulu!! Rasa saya, perkara ini mungkin dah disedari oleh ramai orang cuma tidak ramai yang mahu berubah selari dengan perubahan zaman. Perubahan yang paling PENTING kalau mengikut cara saya ialah kita mesti mengubah CARA KITA BERFIKIR dahulu. Dari situ bermulanya segala-galanya kerana melalui pemikiran yang yang selari dengan peredaran zaman barulah kita mampu menangani segala cabaran yang datang.

Jadi, selama 7 tahun saya menjadi pendidik, saya telah mula menerapkan nilai2 yang perlu ada dalam diri pelajar-pelajar saya. Saya rasa ini adalah sangat penting memandangkan mereka akan berhadapan dengan dunia yang jauh lebih mencabar dari zaman saya dahulu. Kelemahan YANG UTAMA adalah mereka tidak mahu berfikir... Jadi, saya telah putuskan untuk mendidik mereka dengan 3 cara menongkah arus, berfikir lain dari orang lain...

CARA 1 - MENIRU LEBIH BAIK.

CARA 2 - JADI GILA 2 KALI.

CARA 3 - JANGAN ADA CITA-CITA.

Di sini, mungkin ramai yang kurang setuju, lagipun kenyataan di atas datang dari saya, seorang pendidik. Jangan begitu, sebab itu namanya menongkah arus. Satu proses yang dalam pemikiran orang biasa adalah tidak logik dan mustahil.

MENIRU LEBIH BAIK membawa maksud mengambil idea seseorang yang terdahulu dan jadikannya lebih baik dari asal. Contohnya, seperti jenama SAMSUNG. Dulu, kalau sebut barangan elektrik, SAMSUNG ni dikira sebagai 'cap ayam'. Tapi itu 15 tahun yang lepas.. Apa jadi sekarang? Jenama itu dah sama tahap dengan jenama yang lain.

Hanya sebab... MENIRU LEBIH BAIK.

p/s: note ini diambil dri blog cikgu BI SMTBw sya iaitu Encik Mohd Huzaizi Ahmad.. 
http://www.facebook.com/huzaizi
http://huzaizi.blogspot.com
Sir you're the awesome one!!! 

No comments:

Post a Comment