Wednesday, January 19, 2011

al kisah Proton dan Perodua...

Sepertimana yang kita semua tahu, kerajaan mencadangkan penggabungan kedua2 syarikat tersebut..
pada pendapat aku, jika perkara ini terjadi akan merugikan buat kedua buah syarikat permotoran..
Proton dan Perodua mengeluarkan segmen kereta yg berbeza..
jika kita lihat pada segmen kereta yang dikeluarkan Perodua ia lebih terarah kepada kereta kompak dgn enjin yg berkapasiti kecil, manakala Proton segmen kereta yang dikeluarkan lebih terarah kepada kereta sedan dgn enjin berkapasiti yang lebih besar...

Tapi sekarang ni aku lebih tertarik dengan kereta yang bakal dikeluarkan oleh Proton dan Perodua..
Tahun lps msa KLIMS'10 yg diadakan di PWTC Proton telah pun menunjukan model kereta siri Pahlawan dimna kebanyakan model tersebut adalah dari kereta yg tlh berada diatas jalan.
Mana perginya designer Proton???
Persoalan yang sangat menghairankan dan harus, wajib dan yg sewaktu dgnnya dijawab oleh Proton sndri..
dan yang terbaru model gantian bg Proton Perdana diganti dgn Nissan Fuga..

Perdana Replacement Model
Proton Perdana Fuga
credit to: http://ezzygetacar.com &  theophiluschin.com

W.T.H. dah xde idea sgt ker Proton sekarang???

Tapi aku nak kasi pujian buat Perodua kerana berani merealisasikan impian mereka dengan bakal mengeluarkan Perodua Bezza


luas tu interior kereta ni...
credit to: http://baikpunyer.com

Kalau Perodua berani keluarkan model Perodua Bezza diatas jalan dlm msa lg 2 tahun..
Confirm jualan kereta model ni akan buatkan pekerja-pekerja kat Perodua dpt bonus besar..

Buat peminat kereta Proton apakata kita desak Proton untuk keluarkan model2 kereta yang lebih dinamik dan efisien.
Ubah pendirian Proton dari tiru lebih baik kepada meniru lebih baik..
sebab apa aku cakap macam tu cuba tengok syarikat terkemuka dari Korea, diorang guna konsep meniru lebih baik. Contoh paling senang jenama SAMSUNG..
bukan nak kutuk atau puji tapi itulah hakikatnya..

p/s: Proton dah ada enjin sndri yg dibanggakan iaitu Campro dgn CPS thun ni tmbah turbocharger..
tpi 1.6 liter jer, biler nak kuar enjin cc besar plak 2.0 ker, V6 ke xpon W16..
melampau pulak dgn W16...

No comments:

Post a Comment